comscore
Tumpuan :
Nasional

10 set bubu naga dirampas di perairan Klang

Foto Ihsan Maritim Malaysia

KLANG: Sebanyak 10 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Klang, petang semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, rampasan dilakukan pada jam 1 petang, ketika bot ronda Maritim Selangor melaksanakan Op Ehsan dan Op Tiris 3.0 di sepanjang perairan Selangor.

“Hasil rondaan dan pemantauan di sektor operasi, terdapat satu pelampung yang diikat dengan peralatan disyaki bubu naga di kedudukan kira-kira 0.1 Batu Nautika Tanjung Bakau, Pulau Klang.

Foto Ihsan Maritim Malaysia

“Setelah kru bot ronda membuat pemerhatian lebih daripada setengah jam mendapati tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan tersebut.

“Sebanyak 10 set disyaki bubu naga yang dipasang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab dirampas dan disyaki melanggar kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengunaan bubu naga dilihat semakin berleluasa di sepanjang perairan Selangor dengan pelbagai taktik digunakan nelayan untuk memasang bubu mereka termasuk menenggelamkannya ke dalam laut dan menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk menjejak lokasi bubu.

“Maritim Selangor sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang kawasan tanggungjawab bagi mengekang aktiviti haram di laut,” katanya.

Loading...
Terkini