comscore
Tumpuan :
Nasional

10 termasuk 4 kanak-kanak berdepan detik cemas dua kenderaan bertembung di Jalan Kluang – Mersing

KLUANG: Tiga cedera manakala tujuh lagi cedera ringan selepas sebuah kereta Mitsubishi Outlender yang membawa 8 orang termasuk empat kanak-kanak bertembung dengan sebuah Honda Civic, di batu 8 Kampung Gajah, Jalan Kluang – Mersing, dekat sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, panggilan kecemasan diterima balai bomba dan penyelamat Kluang pada jam 4.59 pagi.

Sebuah kereta bomba bersama lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Laman dua,  Nuzul Azroy Mohamad Yusof dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kemalangan membabitkan 10 mangsa termasuk empat kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

“Pemandu Honda Civic dikenali sebagai Muhammad Saipuldin Sabngadi, tersepit di tempat pemandu dan anggota terpaksa menggunakan peralatan khas ‘rescue tool’ untuk mengeluarkannya.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Penumpang Honda Civic dikenali sebagai Anuaruddin Shahry, 42 tahun cedera di dahi manakala seorang wanita warga emas penumpang Mitshubishi Outlander, dikenali sebagai Siti Nur Hasimah Haron, 65 patah tangan.

Mangsa yang lain termasuk pesara bomba hanya mengalami cedera ringan. Akibat kemalangan itu bahagian hadapan kedua-dua kereta remuk teruk.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini