comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 1,000 solat hajat di perkarangan Istana Kehakiman 

PUTRAJAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menyertai solat hajat bersama kira-kira 800 orang yang hadir pada Himpunan Mempertahankan Syariah di perkarangan Istana Kehakiman, di sini, pagi ini.

Perhimpunan itu bagi membantah tindakan dua individu yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Orang ramai juga dilihat berkumpul di perkarangan Tuanku Mizan Zainal Abidin Masjid sejak jam 7 pagi lagi sebelum mereka bergerak ke perkarangan Istana Kehakiman.

Perhimpunan aman itu dianjurkan bagi membantah petisyen seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Mereka mahu mengisytiharkan peruntukan-peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.

Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).

Loading...
Terkini