comscore
Tumpuan :
Nasional

101 tahanan warganegara asing dihantar pulang

FOTO: Ihsan JIM

KOTA BHARU: Seramai 101 tahanan warganegara asing yang ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah (DITM), dekat sini dihantar pulang ke negara asal mereka.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Mohd Faizal Shamsudin berkata, pelaksanaan pemindahan tahanan itu dibuat semalam.

“Kesemua tahanan yang berusia antara setahun sehingga 57 tahun itu dihantar pulang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dalam pemindahan ini, seramai tujuh lelaki warga Bangladesh, 21 lelaki warga Indonesia, lima wanita warga Indonesia, dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia, 12 lelaki warga India, 46 lelaki warga Myanmar, lima perempuan warga Myanmar, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar. Kesemua kanak-kanak itu bersama ibu bapa masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua tahanan melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta diperuntukkan prosedur pemindahan di bawah akta dan peraturan yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini