comscore
Tumpuan :
Nasional

103 kes baharu, 66 kes sembuh hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 103 kes baharu jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan hari ini, manakala seramai 66 individu yang dijangkiti sudah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 ialah sebanyak 7,732, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,382.

Bagi jumlah kumulatif kes sudah pulih sepenuhnya dan keluar wad ialah sebanyak 6,235 kes atau 80.6 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 103 kes baharu dilaporkan, tujuh adalah kes import membabitkan jangkitan luar negara.

“Sebanyak 96 kes pula adalah penularan tempatan dengan 84 membabitkan bukan warga negara, termasuk 53 kes daripada Kluster Pedas dan 24 daripada Kluster Syarikat Pembersihan.

“Kes membabitkan warga Malaysia adalah 12 sahaja,” katanya pada sidang akhbar harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan hanya dua memerlukan bantuan pernafasan.

Loading...
Terkini