comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 109 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar

 

PUTRAJAYA: Pergolakan yang berlaku di Bandar Laukkaing, utara Myanmar menyaksikan seramai 109 warganegara Malaysia dilaporkan terkandas, menurut Kementerian Luar Negeri.

Kementerian dalam kenyataan, berkata kebanyakan rakyat Malaysia itu dipercayai terdiri daripada mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan luar negara.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Republik Rakyat China sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang semua rakyat Malaysia berkenaan dengan selamat.

“Usaha itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, polis dan imigresen.

“Kementerian Luar Negeri terus meningkatkan usaha bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang berminat mendapatkan pekerjaan di luar negara diingatkan supaya berhati-hati dan mengesahkan bidang atau bentuk kerja yang ditawarkan.

Rakyat Malaysia di Myanmar yang memerlukan bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon yang beralamat di No. 82, Pyidaungsu Yeiktha Road Dagon Township, 11191 Yangon.

Mereka boleh menghubungi talian 00 951 220 230 / 220 248 / 220 249 00 959 772 220 230 (selepas waktu pejabat) ataupun E-mel: [email protected].

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini