comscore
Tumpuan :
Nasional

11 kawasan rekod status cuaca panas hari ini

KUALA LUMPUR: Sebelas kawasan di seluruh negara termasuk satu daerah di Sarawak merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan, cuaca itu di Semenanjung direkodkan di Perlis; Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah; Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak; dan Raub di Pahang.

Di Sarawak katanya, cuaca itu direkodkan di Limbang.

“Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ ,” katanya menurut hantaran itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini