KOTA BELUD: Sebelas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Buah Pandai di sini, awal pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4:09 pagi dan tiba di kampung pesisir pantai itu jam 4:30 pagi. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 5:09 pagi.
“Kami dapat menyelamatkan 16 rumah berhampiran, dan operasi selesai pada jam 6:15 pagi,” menurut kenyataan itu.
Agensi lain yang turut terbabit dalam operasi ini termasuklah polis dan Sabah Electricity.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.