Tumpuan :
Nasional

113 kampung di 4 daerah Kelantan dijangka terjejas banjir

KOTA BHARU: Sebanyak 113 buah kampung yang terletak di empat daerah di Kelantan diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu hingga Sabtu ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan empat daerah terlibat ialah Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu, membabitkan kampung terletak di kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer (5km) dari Sungai Kelantan.

Menurut JPS, sebanyak 15 kampung dijangka terjejas banjir di Machang, Pasir Mas (54), Tumpat (16) dan Kota Bharu (28).

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

“Amaran berkenaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir mengambil langkah waspada serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini