comscore
Tumpuan :
Nasional

12 kawasan diramal catat suhu panas hingga 37 darjah Celsius – METMalaysia

 

Foto hiasan

PETALING JAYA: 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di laman sosial memaklumkan, kawasan terbabit ialah Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim.

Foto: MET Malaysia / X

Selain itu, Kuala Kangsar, Perak dan Beaufort, Sabah.

Semua kawasan lain diramal mengalami suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini