comscore
Tumpuan :
Nasional

12 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok terbakar

Kebakaran memusnahkan 12 rumah setinggan di Skim Penempatan Telipok, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di kawasan Skim Penempatan Telipok, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12:45 tengah hari.

Sepasukan pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Tuaran bersama jentera pemadam digerakkan ke lokasi bagi memadamkan api.

Kejadian membabitkan 13 buah rumah jenis tidak kekal.

12 buah rumah terbakar sepenuhnya manakala sebuah rumah lagi hanya terbakar bahagian bilik mandi.

Tiada mangsa tercedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini