comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 125 menara telekomunikasi beroperasi menjelang Hari Gawai

Oleh Amirulhakim Lokman

PETALING JAYA : Sejumlah 125 menara telekomunikasi yang dibina oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dijangka mula beroperasi menjelang perayaan Hari Gawai pada 1 Jun depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu sebagai langkah menambah baik capaian internet dan fasiliti telekomunikasi, sekali gus merapatkan jurang digital di negeri berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil

Ia juga selaras komitmen kerajaan untuk memperkasakan masyarakat menerusi tranformasi digital seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Insya Allah selepas hari gawai satu pertemuan kan diadakan untuk segera merangka peneyelesaian isu internet di sarawak dan ini khusus kepada masalah 4G belum lagi 5G, 5G kita masih buat prasarana kalau kita dapat buktikan di negeri sarawak masalah internet ini kalau kita dapat selesaikan secara tuntas dan menyeluruh, saya nak ambik model tu dan laksanakan di seluruh negara” katanya selepas menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini, MHI di  Sri pentas, di sini hari ini.

Beliau turut memberi jaminan untuk meneliti tindakan diambil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM bersama kerajaan negeri dan syarikat-syarikat telekomunikasi dalam menyelesaikan isu menara  telekomunikasi yang tidak berfungsi disebabkan ketiadaan piring satelit di Sarawak.

Loading...
Terkini