comscore
Tumpuan :
Nasional

127 ditahan langgar SOP PKPB

KUALA LUMPUR: Seramai 127 individu ditahan polis semalam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Daripada jumlah itu 124 direman, tiga dibebaskan dengan jaminan polis, manakala 15 kompaun turut dikeluarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan, polis akan mengambil tindakan lebih tegas jika orang ramai masih berdegil melanggar peraturan PKPB, termasuk menghadapkan mereka ke mahkamah.

“Bermula semalam, polis mula mengeluarkan kompaun. Setakat ini, mungkin belum ada yang dihadapkan ke mahkamah, tapi selepas ini akan ada jika didapati melanggar SOP PKPB.

“Jangan ada anggapan polis akan biar saja pelanggaran ini tanpa tindakan undang-undang.

“Saya harap semua orang akan patuh pada setiap peraturan dan SOP yang dikeluarkan kerajaan. Jangan ambil kesempatan daripada tindakan awal polis yang hanya beri nasihat dan amaran,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini