comscore
Tumpuan :
Nasional

13 cedera bas bawa pelancong langgar belakang treler

FOTO: Ihsan Bomba Perak

IPOH: Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat Taiping, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu dan pemandu pelancong, dan selebihnya tiga lelaki dan lapan wanita yang merupakan warganegara Jepun.

FOTO: Ihsan Bomba Perak

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bomba telah melaksanakan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas seterusnya diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

“Operasi tamat pada jam 3.52 petang,” katanya.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini