Tumpuan :
Nasional

13 individu ditahan dibawah POTA sejak 2018

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu berusia 18 tahun ke atas ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan dikenakan Perintah Tahanan dalam tempoh enam tahun lalu sejak 2018.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jumlah itu turut membabitkan penahanan empat individu bukan warganegara.

Beliau berkata, prosedur perundangan mengikut POTA 2015 membabitkan suatu perintah tahanan atau sekatan yang diberikan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan.

“Pada 2018, enam individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita ditahan. Tiga daripadanya adalah warganegara dan tiga lagi bukan warga Malaysia.

“Bagi 2019 pula, tiga lagi individu ditangkap yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita. Dua daripada mereka adalah warganegara, dan seorang bukan warganegara.

“Sementara tangkapan pada 2021, membabitkan seorang wanita rakyat Malaysia. Bagi 2022 pula, tangkapan hanya merekodkan seorang warganegara lelaki,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta menyatakan statistik penahanan, pertuduhan dan sabitan di bawah POTA bagi setiap tahun dari Januari 2018 hingga September 2024.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata, tangkapan terakhir di bawah POTA berlaku pada 2023, membabitkan masing-masing seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya warganegara, yang sudah dikenakan Perintah Tahanan.

“Bagi 2024, sehingga 30 September, tiada individu yang berada dalam Perintah Tahanan POTA 2015,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini