comscore
Tumpuan :
Nasional

13 individu ditahan, minuman keras bernilai lebih RM3 juta dirampas

FOTO: MCBA

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: 13 individu warga tempatan ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) pada 7 Jun lalu, berikutan gagal mengemukakan dokumen yang sah berkaitan barangan kawalan disimpan.

MCBA dalam satu kenyataan memaklumkan, minuman keras tidak bercukai bernilai RM3,125,000 turut dirampas.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 4.45 pagi di sebuah stor tidak bernama di Jalan Joon Onn, Kota Samarahan, di Kuching, Sarawak itu, anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak dan MCBA menemui 2,050 karton minuman keras pelbagai jenama, selain sebuah lori muatan 10 tan dan 6 lori jenis berbon yang membawa muatan berkaitan.

“Semua individu ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu berkaitan melindungi, menyimpan atau mempunyai barang larangan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.” menurut kenyataan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini