comscore
Tumpuan :
Nasional

13 pekerja kilang ais cedera dan sesak nafas 

Foto ihsan bomba

SANDAKAN: 13 pekerja kilang ais kiub di Batu Tiga di sini, hari ini, cedera dan mengalami sesak nafas.

Ini berikutan sebuah mesin membuat ais pecah di kilang berkenaan jam 10 pagi tadi.

Seorang pekerja dilaporkan parah manakala 12 lagi mengalami sakit mata dan sakit kulit.

Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jas Jal, berkata kejadian berkenaan turut menyebabkan kebocoran gas amonia.

Katanya, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Ketua Operasi melaporkan terdapat mesin membuat ais pecah dan menyebabkan berlakunya kebocoran gas (amonia).

Foto ihsan bomba

“Semua mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans.

“Pasukan bomba berpakaian lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) dan bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan,” katanya.

Jas berkata, pasukan bomba membuat nyah cemar dan sanitasi di seluruh kawasan terbabit.

Katanya, pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja untuk segera keluar dari ke kawasan selamat.

“Pihak polis turut mengarahkan kawasan kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengah hari selepas memastikan tiada lagi bahaya wujud,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini