comscore
Tumpuan :
Kemalangan

1,312 kemalangan hari keenam Op Selamat 19

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,312 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim dalam kenyataan hari ini berkata kemalangan itu melibatkan 1,603 kenderaan.

Beliau berkata berdasarkan statistik harian polis, kereta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,160 kes, diikuti pacuan empat roda (210), motosikal (184), lori (19), van (19), bas (5), teksi (4) dan masing-masing satu kes kemalangan basikal dan kenderaan polis.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Jan di seluruh negara. – BERNAMA

Loading...
Terkini