comscore
Tumpuan :
Nasional

1,325 motosikal disita dalam Op Khas JPJ

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Penghangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan (tiga dari kiri) memeriksa lesen penunggang motosikal ketika meninjau Operasi Khas Motosikal di Jalan Kelibang, Langkawi. FOTO: NSTP

LANGKAWI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 1,325 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal (OKM) bermula 1 hingga 7 Februari lalu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata semua kenderaan disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.

Katanya, dalam tempoh sama sebanyak 97,366 motosikal telah diperiksa dan mengeluarkan 25,967 notis bagi pelbagai kesalahan dengan 6,001 atau 27 peratus kes adalah kegagalan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya

“Selainnya, sebanyak 8,358 atau 32 peratus membabitkan kes tiada lesen memandu, 5,655 (22 peratus) tiada tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan 5,058 (19 peratus) tiada perlindungan insurans.

“Selebihnya, 365 kes adalah tidak mematuhi lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar pula sebanyak 530 kes,” katanya pada sidang media selepas meninjau OKM di Jalan Kelibang di sini malam tadi.

Lokman berkata, operasi dilaksanakan menerusi modus operandi pemantauan di lampu isyarat, sekatan jalan raya (SJR) dan ‘snap check’ yang membabitkan laluan utama pengendali motosikal.

Turut hadir, Ketua cawangan JPJ Langkawi, Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini