comscore
Tumpuan :
Nasional

14 daerah rekod cuaca panas tahap satu hari ini

KUALA LUMPUR: Bilangan lokaliti yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga meningkat kepada 14 daerah hari ini berbanding sembilan kawasan yang dilaporkan semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung termasuk Batang Padang di Perak dan Jempol di Johor.

Selain itu, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan selain Kuala Selangor di Selangor.

Cuaca sama turut direkodkan di Pahang membabitkan daerah Raub, Bentong, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera dan Kuantan.

Di Sabah, dua kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga iaitu Beaufort dan Kinabatangan.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .

Loading...
Terkini