comscore
Tumpuan :
Nasional

14 Parlimen di Kelantan adakan solat sunat Istisqa’ mohon hujan

Mohd Amar menyampaikan ucapan ketika hadir solat sunat Istisqa’ di Padang Perdana. FOTO NSTP

KOTA BHARU: Susulan kemarau teruk yang melanda ketika ini, 14 parlimen di Kelantan mengadakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, solat sunat Istisqa’ diadakan di seluruh negeri mengikut parlimen masing-masing adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memohon rahmat daripada Allah SWT supaya diturunkan hujan.

Katanya, solat istisqa’ adalah amalan yang sudah diajar Rasulullah SAW pada zaman baginda dan diikuti Khulafa al-Rasyidin dan sahabat yang lain.

“Maka, kita mencontohi apa yang dibuat oleh baginda dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan rahmat dan kesejahteraan pada negeri ini dengan diturunkan hujan serta dilindungi daripada sebarang musibah dan wabak.

“Situasi kemarau di Kelantan agak ‘terik’ dan kita berharap orang ramai mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya strok haba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Istisqa’ di Padang Perdana, Kota Bharu, di sini, hari ini, yang turut dihadiri lebih 500 jemaah.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd Nor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini