comscore
Tumpuan :
Nasional

14 pesalah trafik diajak solat subuh berjemaah

Foto: IPD SUNGAI BULOH / Facebook

SUNGAI BULOH: Seramai 14 pesalah trafik yang ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di Lebuhraya Guthrie semalam. diajak menunaikan solat subuh.

Tindakan itu antara lain mahu menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal dengan membawa mereka ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat subuh berjemaah.

Solat subuh itu diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambok.

Foto: IPD SUNGAI BULOH / Facebook

 

IPD Sungai Buloh menerusi laman Facebooknya memaklumkan dalam operasi yang bermula jam 3 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota BSPT IPD Sungai Buloh dibantu oleh anggota Balai Sungai Pelong menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie.

Hasil operasi itu sebanyak 87 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di mana 108 penunggang motosikal diperiksa dengan 14 motosikal disita dan ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

Loading...
Terkini