comscore
Tumpuan :
Nasional

15 pendatang asing ditahan JIM Pulau Pinang

KEPALA BATAS: Cubaan pendatang asing melarikan diri selepas panik diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang gagal, apabila 15 daripada mereka ditahan di sebuah tapak pembinaan di Bertam di sini.

JIM dalam kenyataan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh berusia antara 25 hingga 45 tahun.

“Ketika operasi, hujan lebat dan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, pendatang asing ini bertindak melarikan diri, namun ketangkasan anggota penguat kuasa berjaya memberkas 15 warga asing yang mendiami rumah kongsi di tapak pembinaan terbabit.

“Pemeriksaan awal mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta ada yang telah tinggal di negara ini lebih masa,” menurut kenyataan itu.

Siasatan lanjut akan dilakukan terhadap kesemua pendatang asing yang ditahan termasuk pemilik premis selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/1963.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini