comscore
Tumpuan :
Nasional

15,000 ekor ayam habis dalam masa 45 minit

Zahari membantu orang ramai mendapatkan barangan sempena Jualan Kasih Johor, hari ini. – FOTO: NSTP

KLUANG: Sebanyak 15,000 ekor ayam habis dijual hanya dalam tempoh 45 minit di Jualan Kasih Johor bersempena Jelajah Orang Mahkota di Taman Makmur, di sini, hari ini.

Ayam itu dijual pada harga RM3.30 sekilogram menjadi rebutan orang ramai selain turut diadakan jualan barangan basah seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Exco Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, sambutan luar biasa daripada orang ramai di sekitar Kluang selepas harga dijual sangat murah.

Menurut Zahari, pelbagai jenis ikan dan hasilan laut sebanyak 30 tan yang dijualdengan jualan pada harga promosi turut menjadi tumpuan..

Katanya, di jualan itu juga, sebanyak 6,000 papan telur ayam juga dijual pada harga RM8 manakala 5,000 botol minyak masak dijual dengan harga RM10 sebotol.

“Jualan beras antara yang paling laris apabila habis dalam masa setengah jam membabitkan 1,500 kampit. Beras ini dijual mengikut harga kawalan beras tempatan iaitu RM26 sekampit (10 Kilogram).

“FAMA juga mempromosikan Jualan Agro Madani (JAM) yang melibatkankomoditi sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan runcit dengan jualan pada harga promosi yang sangat memberi penjimatan kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Zahari berkata, pihaknya tidak menjangkakan sambutan hebat dan mereka yang tidak berkesempatan berbelanja pada hari ini boleh datang ke Pasar Borong Peladang di Taman Permata bermula pukul 8 pagi hingga 1 petang esok.

“Jualan Kasih Johor ini bertujuan membantu orang ramai berjimat dalam perbelanjaan harian mereka,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini