Tumpuan :
Nasional

1,525 pegawai dan anggota PDRM terjejas banjir di Kelantan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay membuat lawatan di Taman Sri Bayu, Tumpat yang menempatkan 112 pegawai dan anggota polis.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

TUMPAT: Sebanyak 1,525 mangsa melibatkan 469 keluarga pegawai dan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terjejas akibat banjir yang berlaku di Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebanyakan mereka tidak sempat menyelamatkan harta-benda kerana terlibat dengan penugasan ketika bencana berlaku.

“Air naik cepat, dia pun tidak sempat hendak selamatkan, tuan-tuan tengok sendiri lah total lost, tiada apa yang tinggal”

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di Taman Sri Bayu, Tumpat yang menempatkan 112 pegawai dan anggota polis.

Tambahnya, pihak PDRM akan menempatkan pegawai dan anggotanya yang masih tidak dapat mendiami rumah masing-masing di kem Pasukan Gerakan Am PGA berhampiran.

Sebelum ini,media melaporkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerosakan premis dan peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini