comscore
Tumpuan :
Nasional

16 gerai penjaja berusia 30 tahun musnah terbakar

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memeriksa tapak penjaja Lorong Bukit Dumbar di sini, yang musnah dalam kebakaran.- Foto; NSTP

GEORGETOWN: Sebanyak 16 unit gerai di tapak penjaja di Lorong Bukit Dumbar, Jelutong di sini, musnah dalam kebakaran.

Tapak penjaja yang berusia hampir 30 tahun itu musnah sehingga 80 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A’azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.32 pagi.

Katanya, kerja memadam kebakaran membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Paya Terubong dan BBP Lebuh Pantai serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A’azelan Hassan (kanan). – Foto; NSTP

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan sebanyak 16 gerai penjaja.

“Kejadian tidak membabitkan mangsa dan siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran gas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut A’azelan, api berjaya dikawal pada jam 6.15 pagi dan padam kira-kira 30 min kemudian.

“Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Ir A Rajendran ketika ditemui di lokasi berkata, pihaknya berusaha mencari tapak sementara bagi membolehkan peniaga menyambung perniagaan.

Loading...
Terkini