comscore
Tumpuan :
Nasional

16 kes baharu, 23 pesakit dilaporkan pulih hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 9,235 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 185.

Seramai 23 pesakit COVID-19 pula dilaporkan sudah pulih menjadikan keseluruhan 8,925 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import membabitkan bukan warganegara.

“Empat kes import itu adalah dari Bangladesh membabitkan tiga yang dikesan di Kuala Lumpur dan satu kes dari Filipina yang dikesan di Labuan.

“Semua 12 kes penularan dalam negara membabitkan rakyat Malaysia. Tujuh daripada mereka dikesan di Kedah iaitu empat kes daripada Kluster Tawar dan tiga kes daripada Kluster Sala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, empat kes yang dikesan di Pulau Pinang juga daripada Kluster Tawar manakala satu lagi kes dikesan di Johor membabitkan saringan untuk menaiki kapal (sign-on).

Individu itu tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Hingga kini, ada tujuh kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian dicatat hari ini dengan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini