comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 16 stesen LRT digantung operasi 7 hari

 

KUALA LUMPUR : Sebanyak 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini hingga 15 November nanti.

Prasarana dalam kenyataan berkata, stesen lain beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi, namun akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.

Stesen yang terbabit dalam penggantungan operasi ini adalah stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Dalam kenyataan berasingan, Prasarana berkata, pihak Rapid Rail akan mengadakan satu sidang media khas mengenai masalah gangguan operasi itu pada jam 10.30 pagi ini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini