comscore
Tumpuan :
Nasional

17 PATI diberkas dalam serbuan sekitar Johor

FOTO: Ihsan JIM JOHOR

JOHOR BAHRU: 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas bahagian penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam beberapa siri serbuan sekitar negeri itu kerana pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua hari bermula kelmarin.

Kesemua mereka ditahan susulan aduan orang ramai mengenai kebanjiran pekerja asing di beberapa lokasi hotspot.

FOTO: Ihsan JIM JOHOR

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir dalam satu kenyataan berkata, di Muar  dan Endau, serbuan dilakukan di 11 premis dan berjaya menahan 8 pekerja asing selepas memeriksa 80 pekerja.

Mereka yang ditahan membabitkan 4 warga Bangladesh, 2 Myanmar, masing-masing satu warga Nepal dan Vietnam berumur 22 hingga 38 tahun.

FOTO: Ihsan JIM JOHOR

Dalam pada itu, 9 individu turut diberkas dalam Ops Hijau dalam satu serbuan di sebuah tapak semaian, di Iskandar Puteri kira-kira jam 10.40 pagi semalam selepas 26 pekerja asing diperiksa.

Mereka yang ditahan termasuk 6 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta 2 lelaki warga Myanmar berumur 28 hingga 48 tahun.

FOTO: Ihsan JIM JOHOR

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), seksyen 15(c)(1) Akta Imigresen 1958/63 (akta 155), Peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa serta melanggar pas yang ditetapkan.

FOTO: Ihsan JIM JOHOR

Seorang rakyat Malaysia dipercayai melindungi pendatang asing terbabit diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini