comscore
Tumpuan :
Nasional

17 pekerja kilang mual terhidu kebocoran gas nitrogen

SUBANG JAYA: 17 pekerja mengalami mual selepas terhidu bau gas nitrogen akibat kebocoran gas di ruang memproses daging beku di sebuah kilang di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.33 pagi.

Menurut beliau, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya digegaskan ke lokasi.

Sebaik tiba, anggota bomba bertindak menutup valve paip utama saluran gas.

Semua pekerja kemudian diarah keluar dari lokasi berkenaan.

Kesemua mangsa yang terhidu gas nitrogen kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Loading...
Terkini