comscore
Tumpuan :
Nasional

15 penumpang terselamat, bas ekspres dua tingkat terbakar

 

SLIM RIVER: 15 penumpang serta dua pemandu bas ekspres terselamat selepas bas yang dinaiki terbakar di Kilometer 375.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima maklumat berhubung kejadian, jam 5.19 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan bantuan BBP Tanjung Malim, dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, kita dapati bas ekspres dua tingkat yang dipercayai dalam perjalanan dari Johor ke utara, terbakar.

“Terdapat 14 penumpang lelaki dan tiga penumpang wanita serta dua pemandu bas. Mereka sempat keluar dari bas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata, bas terbabit terbakar kira-kira 80 peratus dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Loading...
Terkini