comscore
Tumpuan :
Nasional

17,074 penjawat awam Johor bakal terima bantuan khas Aidilfitri – MB Johor

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, seramai 17,074 penjawat awam negeri ini termasuk yang bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun Negeri layak menerima bantuan berkenaan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk digunapakai di semua Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

“BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah.

Manakala RM1,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

Kerajaan Negeri berharap pemberian Bantuan Khas Kewangan Hari Raya dan BIA Kajian SSPA Tahun 2024, dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti demi memacu negeri Johor ke satu tahap yang lebih baik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini