comscore
Tumpuan :
Nasional

179 mangsa penipuan pakej umrah gesa JSJK Bukit Aman ambil tindakan

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) bersama mangsa penipuan pakej umrah selepas menghantar surat permohonan Perkembangan semasa di bawah Seksyen 107 A Kanun Tatacara Jenayah di Bukit Aman.

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: 179 mangsa penipuan pakej umrah umrah yang kerugian hampir RM1.2 Juta tampil di Perkarangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, di sini, hari ini bagi menuntut keadilan.

Kes berkenaan menjadi perhatian apabila mangsa mendakwa tawaran pakej umrah itu diuruskan sebuah syarikat pelancongan terkenal.

Mangsa yang diwakili Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) tampil membuat penyerahan surat permohonan Perkembangan semasa di bawah Seksyen 107 A Kanun Tatacara Jenayah bersabit kes pakej umrah yang meragukan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mangsa mahu tindakan undang undang dikenakan ke atas syarikat terbabit atas dakwaan telah memperdayakan pelanggannya.

Jelasnya, penyerahan surat berkenaan juga turut mengajukan 15 persoalan kepada JSJK  tentang jenayah yang dibuat syarikat terbabit namun begitu tiada sebarang tindakan undang-undang diambil.

“Pengadu merasa agak hairan kerana Tribunal Tuntutan Pengguna telah memerintahkan syarikat untuk kembalikan wang pengadu, tetapi sehingga  kini mereka masih gagal mematuhi perintah ‘award’ Tribunal Tuntutan Pengguna,

“ Mangsa juga telah memaklumkan kepada MHO bahawa ada sebahagian daripada mereka telah menerima ganti rugi daripada syarikat melalui cek ‘post-dated’.

“ Namun begitu, sebaik tiba tarikh seperti mana yang dinyatakan pada cek boleh ditunaikan, pihak bank memaklumkan kepada mangsa pembayaran ke atas cek telah diberhentikan oleh pihak syarikat dan cek yang diberikan itu tidak boleh digunakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini..

Menurut Hishamuddin, mangsa juga mendakwa mereka tidak dimaklumkan sebarang perkembangan berhubung siasatan kes yang telah diadukan itu.

“ MHO bersetuju bahawa syarikat penganjur pakej umrah itu telah melakukan jenayah penipuan Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan jenayah pecah amanah Seksyen 420 Kanun Keseksaan keatas mangsa-mangsa yang membeli pakej umrah yang ditawarkan syarikat.

Mengulas mengenai tomahan orang ramai mengenai mangsa tertipu kerana membeli pakej umrah murah, Hishamuddin berkata dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana mangsa membeli pakej pada harga semasa malahan lebih mahal.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini