comscore
Tumpuan :
Nasional

18 Kawasan Di Daerah Melaka Tengah Dinaiki Air

Hujan lebat selama sejam sejak 7 pagi, hari ini menyaksikan sekurang-kurangnya 18 kawasan termasuk lima kampung di daerah Melaka Tengah dinaiki air.

Antara 18 kawasan terbabit adalah Sungai Putat, Banda Kaba, Banda Hilir, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tun Ali, Melaka Baru, Jalan Kubu, Batu Berendam, Melaka Sentral, MITC Ayer Keroh, Batu Hampar, Kampung Hulu, Taman Cempaka, Bukit Beruang Bestari dan Kampung Telok.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Melaka Tengah Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet, dalam satu kenyataan berkata, setakat 10 pagi tadi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan kawasan yang dilaporkan terjejas banjir kilat.

Menurut Awang Bohari juga tiada penutupan jalan akibat dinaiki air dan pemantauan terus dijalankan agensi berkaitan.

Loading...
Terkini