comscore
Tumpuan :
Nasional

186 lokasi berisiko berlaku kepala air

Foto: NSTP

KOTA BHARU: Sebanyak 186 lokasi berisiko berlakunya kepala air akan ditutup mulai November sehingga Januari bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Jabatan Mineral dan Geosains juga sudah memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh.

“Saya diberitahu satu-satu peristiwa kepala air berlaku dalam tempoh 30 tahun sekali. Begitu juga kejadian di Baling, Kedah.

“Jabatan Mineral dan Geosains mempunyai ‘hotspot’ kawasan berisiko bencana alam dan amaran sudah diberikan kepada penduduk.

“Lokasi yang berisiko itu akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilapor berkata pihaknya mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi ‘hotspot’ banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.

Loading...
Terkini