comscore
Tumpuan :
Nasional

186 NADI akan ditambah di seluruh negara 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pertambahan sebanyak 186 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pertambahan itu dilakukan berdasarkan inisiatif 1 DUN 1 NADI termasuk 38 NADI baharu yang akan di bangunkan di Pulau Pinang menjelang akhir tahun 2024.

“NADI turut berperanan sebagai pusat penyampaian maklumat mengenai inisiatif serta bantuan kerajaan kepada golongan sasar di kawasan luar bandar”

“Selain kemudahan capaian internet, pelbagai kursus dan latihan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan keusahawanan turut disediakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kendiri serta memperkasakan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat” ujar Nie Ching ketika menjawab pertanyaan lisan Senator Dr. Lingeshwaran A/L Dato’ Seri R. Arunasalam  di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Nie Ching memaklumkan, Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mendirikan tiga NADI di seluruh Pulau Pinang.

Kesemua tiga NADI yang sedang beroperasi ini menyediakan capaian internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Dengan pertambahan NADI baharu tersebut, ia akan menjadikan keseluruhan 1,097 NADI di seluruh negara dan 41 NADI di Pulau Pinang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini