comscore
Tumpuan :
Nasional

18,792 guru baharu dilantik tahun lalu – KPM

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melantik seramai 18,792 guru baharu sepanjang tahun lalu dalam usaha menangani kekurangan golongan pendidik itu di negara ini.

Menerusi kenyataannya hari ini, kementerian itu memaklumkan seramai 9,155 guru daripada jumlah terbabit ditempatkan di sekolah rendah manakala 9,637 lagi di sekolah menengah.

“Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

KPM berkata, pihaknya turut bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi.

Jelasnya, sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak amat signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.

“Ini termasuk pengambilan seramai 6315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan kontrak (COS) seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lalu.

“Ia juga adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini