comscore
Tumpuan :
Nasional

1MDB: Pemulangan aset fokus utama kerajaan

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Pemulangan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada negara adalah fokus kerajaan ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya mengetahui ada penyelesaian antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Jho Low.

“Fokus kita adalah pemulangan aset, itu sahaja. Kita difahamkan ada penyelesaian antara DOJ dengan Jho Low, jadi itu urusan DOJ dan Jho Low”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Larian Hari Polis ‘Community Safety Run’ Sempena Peringatan Hari Polis ke-217, di Dataran Putrajaya, hari ini.

“Sudah tentu fokus kita adalah pemulangan aset, itu sahaja fokus kita. Saya tak berminat nak komen lebih daripada itu,”

“ DOJ berjaya kenal pasti sejumlah aset yang akan mereka ambil alih, jadi fokus kita adalah pemulihan aset. Saya ingat itu adalah keutamaan kita buat masa ini,”

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilapor berkata, perjanjian penyelesaian di antara DOJ dengan Jho Low adalah perkara berasingan dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang masih memburu ahli perniagaan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini