comscore
Tumpuan :
Nasional

2.3 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang dari Kuala Lumpur

KUANTAN: Kira-kira 2.3 juta kenderaan dijangka akan memasuki Pahang dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim, berkata pada Aidilfitri tahun lalu, kira-kira dua juta kenderaan memasuki Pahang.

Justeru, katanya, pengguna jalan raya dinasihati mematuhi peraturan jalan raya dan meningkatkan tahap kesabaran sepanjang pemanduan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim (dua dari kanan) dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (kanan) pada kempen Op Selamat di Kuantan. FOTO: NSTP

“Sebaiknya memandu dalam keadaan sihat dan jika mengantuk, berhenti seketika dan berehat untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

“Antara faktor berlaku kemalangan kerana tidak sabar dan insya-Allah akan selamat tiba ke destinasi jika mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Razali berkata ditemui media sempena kempen Op selamat di Jalan Kuantan-Kuantan, dekat Inderapura di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pengarah Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin.

Sementara itu, Yahaya berkata, pelaksanaan Ops Selamat akan diadakan bermula 8 hingga 13 April ini.

“Bagi Op Lancar pula, ia bermula pada 5 dan 8 April serta 13 dan 14 April ini bagi kelancaran lalu lintas kerana menjangkakan jumlah kenderaan akan meningkat.

“Kita harap aliran trafik berjalan lancar pada tarikh berkenaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini