comscore
Tumpuan :
Nasional

2 anggota MPV Muar cedera dalam kemalangan dilaporkan stabil

FOTO: PDRM

MUAR: Dua anggota Unit Peronda (MPV) Polis Daerah (IPD) Muar yang parah selepas terbabit  dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki di Parit Jawa dekat sini semalam, berada dalam keadaan dalam stabil.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook IPD Muar, kedua-dua anggota berkenaan dikenali sebagai Koperal Muhd Kasbi Muharuddin, 40 dan Koperal Mohd Sofian Hamzah, 41  masih dirawat di Unit Rawatan Rapu (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Petang semalam, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz meluangkan masa melawat kedua-dua anggota berkenaan.

Beliau memaklumkan bantuan kebajikan bagi ahli keluarga kedua-dua anggota berkenaan telah disalurkan.

Dalam kejadian 4 pagi semalam, dua anggota terbabit sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaan.

FOTO: PDRM

Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki berumur  24 tahun itu yang memandu kereta jenis Toyota Vios telah bertindak melarikan diri dengan memecut kereta dipandunya ke arah Parit Jamil.

Ketika insiden kejar mengejar sejauh satu kilometer, dua kenderaan terbabit telah terbabas dan masuk ke dalam parit yang mengakibatkan kereta dipandu lelaki berkenaan terbakar, menyebabkan lelaki itu maut di lokasi kemalangan.

Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Unit Forensik HPSF untuk bedah siasat dan ujian DNA, bagi mengenal pasti identitinya.

Punca sebenar kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan polis.

Difahamkan pagi tadi, seorang wanita tampil mengaku lelaki yang maut adalah anaknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini