comscore
Tumpuan :
Nasional

2 beranak maut dalam kemalangan 4 kenderaan

 

Foto: JBPM

KUCHING: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan tiga lagi kenderaan lain di Jalan Taman Siniawan, Bau, di sini hari ini.

Atong anak Nebok, 64, dan anaknya Wilson, 36, yang tersepit di dalam Perodua Kancil, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.54 petang.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diarahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori, van, Perodua Kancil dan Proton Persona.

“Dua mangsa tersepit di dalam Perodua Kancil apabila kereta itu dirempuh lori dari belakang, kemudian kereta mereka merempuh pula van di hadapan. Mereka disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa di dalam tiga lagi kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini