comscore
Tumpuan :
Nasional

2 cedera, motosikal langgar pokok tumbang

FOTO: Ihsan JBPM

ALOR SETAR: Penunggang dan pembonceng cedera di kepala selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar pokok tumbang di Kampung Derang, dekat Pokok Sena, pagi tadi.

Mangsa, masing-masing lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an turut tersepit di bawah pokok tumbang berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi Bakar Saad berkata, sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 6.31 pagi,

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan penyelamatan.

“Mangsa yang berjaya distabilkan dan kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini