comscore
Tumpuan :
Nasional

2 ditahan berhubung tuntutan pembelian peralatan sekolah palsu

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan masing-masing seorang pemilik syarikat dan penjawat awam berhubung tuntutan mengandungi butir matan palsu pembelian peralatan persekolahan bernilai RM10,000.

Kedua-dua suspek wanita dan lelaki berusia lingkungan 40 dan 50 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Disember 2018.

“Individu wanita dipercayai pemilik syarikat mengemukakan tuntutan palsu melalui invois-invois dan diperakui penerimaan oleh pegawai di institusi pendidikan berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan 107 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini