comscore
Tumpuan :
Nasional

2 kampung masyarakat Penan dilanda banjir kilat

FOTO: JBPM

KUCHING: Hampir 600 penduduk di dua perkampungan masyarakat Penan di Hulu Baram terjejas selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, awal pagi tadi.

Dua kampung terbabit iaitu Long Kerong yang mempunyai 345 penduduk dengan 50 rumah dan Long Sait pula mempunyai 236 penduduk yang tinggal di 62 rumah.

FOTO: JBPM

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, banjir mula melanda dua kampung itu kira-kira jam 2 pagi akibat hujan lebat.

Beliau berkata, lokasi dua kampung terbabit jauh di pedalaman dengan masa perjalanan kira-kira lapan jam menggunakan jalan balak dari Marudi.

FOTO: JBPM

“Berdasarkan maklumat daripada penduduk, banjir kilat itu berlaku tidak lama apabila surut semula pada jam 4.30 pagi.

“Bagaimanapun, banyak tanaman penduduk musnah akibat arus deras manakala banyak barang rosak kerana ada penduduk tidak sempat mengalih barangan ke tempat selamat,” katanya.

Tiong berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini