comscore
Tumpuan :
Nasional

2 kapal pengangkut asing ditahan di perairan Tanjung Sedeli bersauh tanpa kebenaran

Kapal pengangkut yang berdaftar dari Monrovia ditahan pada kedudukan 25.2 batu nautika timur laut Tanjung Siang

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) Johor menahan 2 buah kapal pengangkut di Tanjung Sedeli dekat sini, kerana bersauh tanpa kebenaran, petang semalam.

Pemangku Pengarah Maritim zon Tanjung Sedili, Komander Maritim, Mohd Najib Sam berkata, kapal pengangkut pertama yang berdaftar dari Monrovia ditahan jam 1.00 tengah hari pada kedudukan 25.2 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

Manakala kapal pengangkut kedua yang juga didaftarkan di Monrovia ditahan pada kedudukan 22.8 batu nautika timur laut Tanjung Balau, jam 2.45 petang.

Katanya, kedua-dua nakhoda kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan negara ini ketika diperiksa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Ujarnya, ini adalah kes keenam kapal ditahan bulan ini dan sejak Januari sebanyak 71 kes kapal berlabuh tanpa kebenaran telah direkodkan di perairan Johor.

Maritim Johor memberi amaran akan terus membanteras aktiviti kapal dagang yang bersauh secara haram di perairan negeri itu.

Loading...
Terkini