comscore
Tumpuan :
Nasional

2 lelaki ditahan, eksploitasi kanak-kanak OKU kumpul barang lusuh

 

KUALA PILAH: Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengeksploitasi seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) untuk membuat kerja mengumpul barang lusuh, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, serbuan dijalankan di sebuah rumah di daerah ini kira-kira jam 5.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah.

“Bertindak atas maklumat pemerdagangan manusia eksploitasi buruh paksa kanak-kanak, sepasukan pegawai dan anggota menyerbu sebuah rumah dalam kawasan pentadbiran Kuala Pilah.

“Hasil serbuan, kami menangkap seorang lelaki tempatan yang menyelia serta mengawal seorang kanak-kanak warganegara tempatan untuk membuat kerja mengumpul barangan lusuh,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia 14 tahun itu diselamatkan dan menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan.

“Mangsa juga seorang OKU fizikal yang mana kaki kanannya bengkok.

“Hasil risikan lanjut kami menangkap seorang lagi lelaki tempatan iaitu individu yang menggaji mangsa terbabit di daerah ini pada hari sama,” katanya.

Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan berusia 23 dan 27 tahun diluluskan selama tujuh hari, manakala mangsa akan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini