Tumpuan :
Nasional

2 lelaki parah dalam kemalangan babit 2 lori muatan kelapa sawit

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

BELURAN: Dua lelaki parah dalam kemalangan dua lori yang bertembung di Check Point Simpang Beluran, di sini, pagi tadi.

Kejadian awal pagi itu, melibatkan lori tiga tan dan 10 tan yang membawa muatan kelapa sawit.

Mangsa pertama dikenali sebagai Sudirman Amdan, 46, cedera parah di bahagian kepala manakala mangsa kedua Sultan Sadi, 18, patah kaki dan tangan.

FOTO: JBPM Sabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi tadi.

“Lapor kemalangan melibatkan pertembungan antara 2 buah lori iaitu lori 3 Tan dan 10 Tan membawa muatan kelapa sawit.

“Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

FOTO: JBPM Sabah

Edoen berkata pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah memberi rawatan awal dan menghantar mangsa ke Hospital Beluran dengan ambulans.

Pasukan bomba ujarnya telah bertindak membersihkan kawasan kemalangan dan operasi ditamatkan pada jam 9.13 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini