comscore
Tumpuan :
Nasional

2 maut motosikal bertembung

FOTO: PDRM

KLUANG: Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di kilometer 78 Jalan Johor Bahru – Air Hitam, di sini 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang maut adalah Luqman Afiq Amir, 16, akibat parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, manakala seorang lelaki disyaki warganegara Myanmar berumur anggaran 40-an meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal Honda EX5 ditunggang remaja berkenaan dari arah Machap menghala ke Simpang Renggam manakala warga asing berkenaan dari arah sebaliknya.

“Sampai di tempat kejadian, Honda EX5 telah hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal Suzuki RG Sport ditunggang warga asing itu.

“Akibat pelanggaran yang berlaku, remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala warga asing itu meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di HEBHK akibat parah di kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Klasifikasi Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini