comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 Minggu Tempoh Siapkan Kertas Kerja Isu Subsidi Rakyat

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Dua minggu masa diberikan untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tempoh itu untuk pihak berkaitan mengira dan menyelusuri seluruh implikasi dan berbincang dengan sektor dan swasta dan pelabur yang berminat.

“Perkara itu bagi syarikat swasta dan pelabur memahami subsidi adalah untuk meringankan beban rakyat miskin”

“Golongan kaya dan pihak industri tidak harus mengambil manfaat itu dan ada kemudahan serta insentif lain yang diberikan kerajaan.” Katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Sebelum itu Datuk Seri Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang berlangsung lebih satu jam yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Yunus.

Loading...
Terkini