comscore
Tumpuan :
Nasional

2 misi utama ditetapkan ESSCOM sempena penjenamaan baharu

Victor bersama-sama warga ESSCOM pada Majlis Perhimpunan ESSCOM sempena pelancaran logo dan bendera ESSCOM serta peta ESSZONE yang baharu. – FOTO: Ihsan ESSCOM

LAHAD DATU: Tiada pencerobohan kali kedua serta sifar penculikan untuk wang tebusan atau Kidnap For Ransom (KFR), menjadi dua misi utama yang disasarkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Pemakluman dibuat menerusi amanat Komander ESSCOM, Datuk Victor B Sanjos, pada Majlis Perhimpunan ESSCOM sempena pelancaran logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baharu.

Susulan itu, Victor berharap penjenamaan berkenaan akan menyemarakkan lagi semangat seluruh warga ESSCOM dalam usaha merealisasikan dua misi utama itu, seterusnya menjadikan ESSZONE sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

“Justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESSZONE ini penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di ESSZONE, bertujuan membangunkan sosioekonomi di Pantai Timur Sabah.

“Justeru, saya dengan rendah hati memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan-rakan media supaya membantu ESSCOM menguar-uarkan perkara ini dalam pemberitaan demi mencapai hasrat memajukan Pantai Timur Sabah,” katanya.

Pada majlis sama yang dihadiri 130 warga ESSCOM itu, turut diadakan pelancaran sistem e-Keanggotaan ESSCOM dan e-Demografi ESSZone secara ‘in-house’ bertujuan memudahkan urusan kerja harian warga ESSCOM.

Pewujudan sistem itu didasari penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI, dengan ESSCOM berhasrat bukan saja dikenali sebagai pusat keselamatan di Pantai Timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESSZONE.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini